Doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. :
“Ya Allah! berilah aku petunjuk berserta orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna berserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku berserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku daripada apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.”
Wednesday, September 17, 2008
Khas Buat Insan Yang Amat Kucintai dan Kurindui...Noor Haslina ...
Sayangku,
Tiap detik dan ketika
Jiwa ini begitu mencintaimu
Sanubari ini menrinduimu
Nyawa ini menyayangimu
Perasaan ini menagih kasihmu…
Cintaku
Kau banyak mengajar diri ini
Apa itu cinta
Apa itu mencintai
Apa itu sayang
Apa itu menyayangi
Apa itu rindu
Apa itu merindui...
Kasihku
Cintaku hanya untukmu seorang
Kasihku hanya untukmu
Sayangku hanya untukmu
Rinduku hanya padamu..
Aku begitu mencintaimu, menyayangi dan merinduimu
Kini dan selamanya...
Rinduku,
Alhamdulillah, sudah 5 tahun lebih kita bersama
Berkongsi cinta dan sayang
Berkongsi suka dan duka
Berkongsi pahit dan manisnya sebuah kehidupan
Dua jiwa bersatu..
Sayangku,
Kau tabah menghadapi dugaan yang melanda
Kau begitu sabar mengharungi onak dan badai
Kau seorang wanita yang solehah
Kau isteri yang solehah
Kau adalah ibu yang mithali
Aku bangga memilikimu
Aku bangga menjadi sebahagian daripada kehidupanmu
Aku bangga mengenali dirimu sedalam-dalamnya
Aku bangga kau ada disisiku
Cintaku
Cintaku padamu adalah kerana Allah swt
Tiada sesiapa yang dapat memisahkan kita
Tiada siapa dapat menghalang cinta kita
Hanya ajal dan maut yang akan memisahkannya.
Hanya pada Allah aku berdoa dan memohon..
Moga cinta yang kita bina ini
Moga kasih yang kita semai ini
Moga rindu yang kita tagihkan ini
Moga sayang yang kita kongsikan ini
Akan diberkati oleh-Nya
Moga semuanya mendapat perlindungan dari-Nya..
Moga kita bahagia kini dan selamanya..
Sayangku,
Pelbagai cabaran, dugaan dan ujian yang kau tempuhi
Sepanjang kita hidup bersama
Namun tidak sedikitpun mengugat cintamu padaku
Kau tabah dan sabar menghadapinya
Kerna bagimu Allah tempat mengadu dan memohon segalanya
Aku tahu sekuat mana kesabaran dan ketabahanmu
Pasti ada rasa sakitnya..
Pasti ada terasa kesannya..
Namun, aku yakin kau mampu mengharunginya
Dorongan dan sokonganku sentiasa untukmu..sayang
Doaku sentiasa untukmu..
Percayalah…
Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani
Pada-Nya kita berserah dan memohon segalanya
Kuasa Allah menentukan segalanya..
Rinduku,
Ketahuilah bahawa kau terlalu istimewa dalam hidupku
Aku tidak bisa melupakanmu walaupun sesaat ..
Sakitmu… penderitaanku jua..
Tangisanmu ..kesedihanku jua.
Ketawamu….kegembiraanku jua
Semuanya hanya untuk kita berdua..
Sesungguhnya bagiku kau adalah insan yang amat kusanjungi
Redhaku sentiasa untukmu
Kau tiada dosa padaku..
Andainya ada..aku sudah berjanji yang aku telah mengampuni segala dosamu
Tiada dosa padaku..
Itu janjiku padamu
Moga Allah menghadiahkan syurga untukmu..sayangku..
Cintaku..Kasihku
Kurasa cukup bahagia kini
Kau hadiahkan ku dua putera
Yang amat aku rindui dan kusayangi..
Moga putera-putera kita akan menjadi anak yang soleh
Taat dan patuh pada perintah Allah dan Rasul
Taat pada perintah ibu bapa
Berjasa pada masyarakat, bangsa dan Negara.
Moga putera-putera kita menjadi insan yang berguna
Ya Allah…Kau perkenankanlah..
Sayangku..Rinduku
Biar jauh beribu batu
Biar badai melanda
Biar apa jua yang berlaku
Cintaku tetap padamu seorang
Aku menyayangimu seadanya
Ketahuilah..aku amat mencintaimu dan merinduimu
Moga mahligai cinta dan istana kasih yang kita bina ini
Kekal hingga ke akhir hayat.
Moga rezeki Allah swt sentiasa untuk kita
Moga Allah memberkati kita kini dan selamanya
Moga kesihatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan kedamaian
Menjadi milik kita kini dan selamanya..
Ikhlas dariku..
Suamimu
Abu Dhabi, UAE